PENGENALAN
Lokar di SK Jalan Kuantan 2 terdiri daripada set besi dan plastik. Set plastik telah ditamatkan dan hanya digunakan oleh pengguna sedia ada.
Khidmat lokar diperkenalkan dan diuruskan sepenuhnya oleh PIBG dengan kebenaran pentadbir SKJK2. Sewaan lokar adalah RM30 setahun dan digalakkan berkongsi (adik-beradik).
Penggunaan lokar berkemungkinan ditamatkan sepenuhnya dalam 1 tahun lagi. Pertambahan jumlah murid menyebabkan tiada ruang untuk lokar samaada di dalam kelas atau di bilik khas.
Hebahan mengenai lokar seperti sambungan sewaan akan diumumkan di group telegram Ibubapa SKJK2 di akhir sesi persekolahan.
PENYEWAAN LOKER UNTUK SESI PERSEKOLAHAN 2025
Urusan sewaan lokar sesi 2025/2026 sudah DITUTUP
Loker yang disediakan adalah terhad. Keutamaan diberikan untuk penyewa sedia ada membaharui sewaan tahunan. Tiada pemulangan (REFUND) wang akan diberikan sekiranya sewaan ditamatkan lebih awal.
Tempahan untuk penyewa baru hanya dibuka sekiranya masih ada kekosongan. Wang akan dikembalikan sekiranya telah dibayar tetapi tiada kekosongan.
SENARAI PENYEWA LOKAR
|
Penggunaan lokar sekolah adalah tertakluk kepada peraturan dan budibicara yang telah ditetapkan oleh pihak PIBG dan sekolah.
KUNCI LOKAR
Pihak PIBG tidak memegang salinan kunci atau pendua. Kehilangan atau kerosakan kunci hendaklah diganti dengan satu set kunci yang baharu. Ibubapa adalah digalakkan untuk membuat salinan pendua atau menukar kepada set baharu sendiri sekiranya telah hilang.
Kemaskini: 17 Feb 2025