PENGENALAN
Lokar di SK Jalan Kuantan 2 terdiri daripada set besi dan plastik. Set plastik telah ditamatkan sepenuhnya
Khidmat lokar diperkenalkan dan diuruskan sepenuhnya oleh PIBG dengan kebenaran pentadbir SKJK2. Sewaan lokar adalah RM40 setahun dan digalakkan berkongsi (adik-beradik).
Kebenaran untuk perkhidmatan lokar adalah tertakluk kepada kebenaran pentadbir SKJK2 (diperbaharui setiap tahun) and budibicara sukarelawan PIBG untuk bantuan pengurusan.

Kuantiti lokar amat terhad. Pertambahan jumlah murid menyebabkan tiada ruang untuk lokar samaada di dalam kelas atau di bilik khas.
Hebahan mengenai lokar seperti sambungan sewaan akan diumumkan di group telegram Ibubapa SKJK2 di akhir sesi persekolahan.

PENYEWAAN LOKER UNTUK SESI PERSEKOLAHAN 2026

  • Permohonan sambungan sewaan lokar sesi 2026 telah dibuka dari 19 Dis sehingga 31 Dis 2025 (TAMAT) Loker yang disediakan adalah terhad. Keutamaan diberikan untuk penyewa sedia ada membaharui sewaan tahunan. Tiada pemulangan (REFUND) wang akan diberikan sekiranya sewaan ditamatkan lebih awal.

    Tempahan untuk penyewa baru hanya dibuka sekiranya masih ada kekosongan. Wang akan dikembalikan sekiranya telah dibayar tetapi tiada kekosongan.

    SENARAI PENYEWA LOKAR

  • Senarai Penyewa Lokar 2026 sila klik dan lihat tarikh kemaskini dibahagian atas sekali
  • Senarai Penyewa Lokar 2025
  • Penggunaan lokar sekolah adalah tertakluk kepada peraturan dan budibicara yang telah ditetapkan oleh pihak PIBG dan sekolah.

    KUNCI LOKAR

    Pihak PIBG tidak memegang salinan kunci atau pendua. Kehilangan atau kerosakan kunci hendaklah diganti dengan satu set kunci yang baharu. Ibubapa adalah digalakkan untuk membuat salinan pendua atau menukar kepada set baharu sendiri sekiranya telah hilang.


    Halaman Utama

    Kemaskini: 9 Jan 2026